Sejarah tamadun
dunia telah mencatatkan bagaimana dalam abad yang kelapan hingga abad ke enam
belas, selama hampir lapan ratus tahun
telah lahir ramai tokoh-tokoh cendikiawan islam dalam pelbagai bidang.
Istimewanya tokoh-tokoh ini bukan sahaja bijaksana dan terkenal dalam satu
bidang tertentu sahaja seperti perubatan, astronomi, matematik, falsafah,
pendidikan dan sebagainya malah mereka juga sebenarnya telah diiktiraf sebagai
tokoh-tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang sains, fizik, astronomi, teknologi,
perubatan serta agama.
Tokoh tamadun
islam yang pertama saya ingin kongsikan disini ialah IBNU SINA , nama sebenar beliau ialah Abu Ali Al-Hussain
Ibn Abdulluah Ibn sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat. Beliau merupakan seorang pakar sains dari
Uzbekistan yang hidup antara tahun 980-1037 M.
Sejarah dan
latar belakang
Ibnu Sina
dilahirkan pada tahun 370 hijrah bersamaan dengan 980 masihi, pengajian peringkat awalnya bermula di
Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera.
Selain itu juga beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti
geometri, logik , matematik , sains , fiqah dan perubatan.
Walaupun ibnu
sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih
menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun
mahaguru ilmu.
Ibnu Sina mula
menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al Samani yang gagal
diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan
dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingannya sehingga beliau
diberikan gelaran al-Syeikh al Rais ( mahaguru pertama).
Sumbangan
Kemasyhuran Ibnu
Sina telah melangkaui wilayah dan negara Islam.
Bukunya Al Qanun Fi Al Tibb telah
diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa
inggeris dengan judul Precepts of Medicine.
Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun , buku itu telah dicetak ke
dalam 15 buah bahasa. Ibnu sina juga
telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al Adwiyat Al-Qalbiyyah yang
mengandungi sajak-sajak perubatam, dalam
baku itu beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama
dengan cara untuk mengubatinya.
No comments:
Post a Comment