ABU AL-QASIM AL-ZAHRAWI


Tokoh tamadun islam yang kedua yang ingin saya ceritakan pada ruangan kali ini adalah ABU AL-QASIM AL-ZAHRAWI.

Sejarah dan latar belakang
Abu Al-Qasim Khalaf Ibn Al-Abbas Al-Zahrawi lahir pada 936 masihi dan meninggal dunia pada 1013 masihi.  Beliau dikenali di barat dengan gelaran ABULCACIS dan dianggap sebagai “Bapa Bedah Moden” , beliau tinggal di al-andalus pada zaman pertengahan dan dianggap pakar bedah terulung pada zamanya.  Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini. Selain daripada itu, beliau juga telah menghasilkan pelbagai jenis karya yang sentiasa menjadi rujukan pada masa kini. Banyak di antara buku-bukunya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Sumbangan
Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Menurut Will Durant, Sepanyol pada masa tersebut telah menjadi tumpuan orang Eropah untuk menjalani rawatan pembedahan. Dr. Campbell dalam bukunya, “Sejarah Perubatan Arab” menyatakan bahawa prinsip perubatan Al-Zahrawi telah menjadi asas Kurikulum Perubatan Eropah. 
Diantara alat-alat pembedahan rekaan Al-Zahrawi.  Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan, Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga. Beliau juga memperkenalkan teknik pembakaran tisu dalam 50 jenis pembedahan yang berbeza. Sebagai tambahan, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.

Hasil karya
Al-Zahrawi juga terkenal kerana penghasilan Ensiklopedia iaitu ‘Kitab al-Tasrif’ yang berjumlah 30 jilid. Kitab ini telah menjadi panduan kepada doktor-doktor pembedahan sepanjang abad. Di dalam kitabnya ini, beliau telah memberi penjelasan secara terperinci dan tersusun mengenai perubatan Islam. Pada jilid terakhir buku ini terdapat ilustrasi lebih daripada 200 alat pembedahan yang mana kebanyakannya dicipta sendiri oleh beliau.
Kitab al-Tasrif ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard Cremona pada Zaman Pertengahan. Ia telah dicetak dalam bahasa Latin dan Yahudi dengan nama ‘Medical Vademecum’ pada 1497M. Bab berkenaan pembedahan yang dicatatkan dalam buku ini adalah suatu tesis pembedahan berilustrasi yang julung-julung kalinya. Ia mengandungi 3 bahagian iaitu:
Berkenaan pembekaman (kaedah mengeluarkan darah) bagi penyakit ‘apoplexy’ (penyakit yang disebabkan pecahan urat darah di otak mengakibatkan kehilangan deria)
Pembedahan yang dibuat denagn pisau belah (skalpel) dan pembedahan mata, telinga dan mulut.
Pembedahan bagi pelbagai bentuk pecah tulang dan seliuh serta berkaitan kelahiran anak.  Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya. Beliau juga mengenalpasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.

Kitab Al-Tasrif sememangnya amat bernilai. Justeru, beberapa edisi buku ini (bab pembedahan) telah diterbitkan di Venice (1497M), Basel (1541M) dan Oxford (1778M). Ia juga telah diiktiraf sebagai teks rasmi pembedahan di universiti-universiti di Salerno, Italy, Montpellier di Perancis dan beberapa buah universiti di Eropah untuk hampir 5 kurun lamanya.

Anak Pak Mat patah gigi,kalau sudi singgahlah lagi:)

No comments:

Post a Comment