Imam Al-Ghazali
lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya
terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan.
Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui
Islam".
Abu Hamid Ibnu
Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Parsi pada
tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang
luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau
bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan
seorang ahli fikir Islam yang terulung.
Kecintaannya
terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan
merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan
ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali
telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.
Walaupun telah
bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu
pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan
beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli
sufi yang terkenal disana
Selain belajar
dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis
300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik,
akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan
menyerang kota Baghdad.
Antara kitab
yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan
al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang
Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya
diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al
Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin
(Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu,
dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).
Meskipun
Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap
sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan
Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan
ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak
mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali
menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan
menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa
Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang
sarjana.
Biarpun tidak
ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah
seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingat- kan
bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan
sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah
bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu
masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap
permasalahan tersebut.
Kalau
menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau
merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil
sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli
filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan
kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik,
ketuhanan, dan fizikal.
Menurut
Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah
matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini
kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan
agama.
Namun begitu,
agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan
tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan
kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu
merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia
difahami.
Cuma bagi
Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat.
Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh
menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai
perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Ghazali tidak
salah berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan
falsafah yang terlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta
termasuk perkara yang berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.
Sebab itulah
beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap kejadian
alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah Yunani.
Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi jelas
terpengaruh akan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada
antara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh
menyebabkan kesesatan dan syirik.
Terdapat tiga
pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan
Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan
peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.
Al-Ghazali
tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu
pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan
penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt
keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi,
perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal
fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani.
Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan
al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal
semata-mata.
Jadi, apa yang
cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang
pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian
umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan
seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran
dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim
digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan
ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan,
kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada
Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri
No comments:
Post a Comment